Wednesday, August 27, 2008

SWL talk and Flea Market 31 August 2008

Dipanjangkan dari MARES yahoo group...

salam semua.... tahniah kepada swl yang berjaya didlam rae awal tahun nih... lanjutan daripada itu ... biro pendidikan mares ingin mengadakan satu talk kepada mereka yang telah lulus rae baru baru ini dan sekali gus diadakan sesi tandatangan 9m bagi permohonan AA bagi swl yang telah lulus selepas sesi talk tersebut....

talk ini adalah terbuka kepada semua swl. butiran talk tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh:31 Ogos 2008
Masa:11 pagi
Tempat:Kelab Mares
Penceramah: 9M2AU Presiden MARES

Bersempena dengan itu juga satu flea market akan diadakan pada hari tersebut. Semua warga radio amatur di jemput hadir bagi memeriahkan lagi talk yang akan diadakan.

Bersempena dengan ini juga pihak biro pendidikan mares juga mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51. Semoga kita terus merdeka.... Merdeka!!!



Sekian, terima kasih.

De 9M2SQL



73

wilayah 70

Monday, August 25, 2008

KEPUTUSAN RAE 2008/1

Keputusan dah keluar ape lagi dapatkan AA anda... bagi yang belum berkelayakan jangan risau gagal bukan selamanya.. cuba lagi kami sentiasa sedia membantu

http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_2008_1_Result_for_Website.pdf

73

Wilayah 70

RAMADHAN & MERDEKA

salam semua,

udah lama tak mencakar di laman ni, terpanggil pulak nak menconteng2 ... Sempena ramadan yang bakal menjelang aku ucapkan selamat berpuasa pada semua... di tambah pulak dengan bulan kemerdekaan ermmm tapi aku sendiri belum merdeka kerana maksud merdeka tu terlalu luas dan subjektif...

ermm sebagai seorang warga amatur aku berbangga dengan program yg dilangsungkan baru2 ini ditempat yg agak tinggi altitudnya bersama jiran kita yang juga menyambut merdeka pada 17 ogos.. ade antara rakan2 yg bertanyakan mengapa tidak terdengar suara2 rakan Orari kita di udara tempoh hari... mungkin mereka menghormati tatasulila... bukan undang2... atau pun etika sebagai rakan amatur kut... (di frekuansi semenanjung malaysia/di PENGULANG local mungkin ade)

mungkin udah maklum.. bahawa kita tidak sepatutnya ke udara di luar kawasan/negara selagi tidak mendapat kebenaran bertulis dari pihak yang berwajib.. kalu di Malaysia (MCMC la..)
sekiranya sudah mendapat kebenaran maka akan terjadi lah call sign seperti 9M2/V8XXX , 9M2/YB6XX contohnya... perbetulkan aku jika aku salah...

hanya sebagai renungan dan discusi agar paradigma kita bisa berkerja lebih baik... sila berikan komen2 anda utuk meriah kan lagi laman ini...

tima kasih

gloomis

Thursday, August 7, 2008

Program Lawatan ORARI - ASTRA (Wilayah Tengah)

Detail Program
Tema : Bulan Kemerdekaan Warga Amatur Malaysia - Indonesia
Tarikh : 23 - 24 Ogos 2008
Tempat : Kawasan Perkhemahan Awana Genting / Awana Genting Campsite
Keluasan Tempat : 5.3 Hektar

Pengangkutan : Kenderaan Persendirian atau Pengangkutan Awam.

Bayaran
ii) RM15 Seorang

ii) RM25 Family
Note: Termasuk Makan Malam, Sarapan & Kemudahan Perkhemahan/Campsite.

Atau
i) RM35 Seorang/Family
Note : Termasuk Sehelai Program T-Shirt, Makan Malam, Sarapan & Kemudahan Perkhemahan/Campsite.

Matlamat
Program ini bertujuan untuk memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia & Indonesia oleh warga radio amatur kedua-dua negara. Juga pada masa yang sama bagi mengeratkan silaturrahim diantara warga amatur dari kedua-dua negara.

Pendaftaran
Pendaftaran dibuka kepada semua warga amatur, kelab-kelab amatur & komersial & rakan-rakan swal.
Untuk memudahkan urusan pendaftraan, sila hubungi AJK/Biro dibawah:
012 310 9869 Faizal 9W2GTR Email : 9w2gtr@gmail.com
016 337 3700 Izkandar 9W2JIZ
Atau mana-mana AJK/Biro ASTRA Wilayah Tengah.

Tarikh tutup pendaftaran : 20 Ogos 2008

Sumbangan
Sebarang bentuk sumbangan amat dialu-alukan.Sila hubungi terus Pak Yob 9W2YR / Faizal 9W2GTR & Jamal 9W2AJL atau mana-mana AJK/Biro ASTRA Wilayah Tengah.Marilah kita sama-sama menyertai dan menjayakan program julung-julung kali diadakan ini.



De ...........Chempreng

Thursday, July 24, 2008

Cara mengira simplex channel

V16 SEHINGGA V47
Simplex V16 sehingga V47 menggunakan 145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.

Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000

Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.

V48 SEHINGGA V63
Simplex V48 sehingga V63 menggunakan 146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200

Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250

Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875

Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nomber maka jika 3 nomber, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nomber.

Chempreng

Thursday, July 17, 2008

FOX Hunt ing TitiWangsa

salam,

Dijangka anak bulan akan kelihatan pada ari sabtu malam ni....

Jadi, berSediaKah dengan Senjata2 yang indah dan Bercabang2 atau yang ada ranting... Di wawarkan akan ade acara memburu Musang... maka bolehlah saudara2ku berpeluang menguji kehebatan fizikal, teknikal dan juga segala lagi ilmu di dada...

Berbekalkan sebatang antena dan receiver mungkin juga ATT( kalu ade lagi senjata rahsia)maka bersedialah untuk menguji kehebatan diri sendiri dan keserasian anda secara berkumpulan. Jadi kalu asyik QSO je pun mungkin membosankan... Jadi ape kata gunakan definasi seorang station amatur secara keseluruhannye...

BAK KATA JURUKAKA..."UJI KEJANTANAN ANDA" secara halusnye beliau mengajak kita melakukan anjakan PARADIKMA sebagai seorang pemegang lesen radio amatur... (ampun maaf gunakan tanpa minta kebenaran)

Oleh itu, jangan takut dengan kegagalan... kerana orang yang berjaya adalah orang yang berani GAGAL dan keluar dari kegagalan dengan semangat...
THIS IS ONLY A BATTLE NOT EVEN A WAR!!!!

JOM MERIAHKAN!!!! PAPARKAN DIRI ANDA... SENJATA ANDA (Bukan kerana riak.. tetapi demi ilmu untuk yang akan datang)

Date: July 20, 2008
Time: 09:30 hrs - 13:00 hrs
Venue: Taman Tasik Titiwangsa (Titiwangsa Lake Park)

oleh: MARTS KL State Council a Fox Hunt (Amateur Radio Direction Finding)ARDF

73

Gloomis

Wednesday, July 16, 2008

DEBAT : AMATEUR VS Whatever...!!!!

SALAM Semua,

Tersingkap dan terlihat perdebatan hangat di kaca Televisyen malam tadi yang di pancarkan menggunakan frequency yang sedia ada.... betapa maju dan makin maju nye DUNIA sekitar kita sekarang....

Segalanya nya ade PRO's & CONTRA tetapi... tatkala aku melihat air muka anak kecil aku terlena dihadapan TV malam tadi.. aku sebak.... kerana mungkin kah akan ade nama MALAYSIA lagi di masa hadapan jika semua dok sibok dengan benda yg dah jadi masalah dan berbalah....(aku rasa patutnya selesaikan masalah bukan menunding jari.. waste of time la...)

Hati kecil ini berkata... dimanakan anak kecil ini akan bertapak... dimana kah lirik lagu WARISAN yang aku laung2kan sewaktu kolej dulu... "Anak Kecil Main Api"...

argghhhh aku merapu sekadar mengyingkap benda yang tidak ade pucuk pangkal....

so camne dengan foxhunt yang kan berlaku di titiwangsa weekend ni... harap ade representative dari Wilayah 70....

73
hidup dikeliling frequency

gloomis