Sunday, June 21, 2009

RAE 2009

tahniah kepada semua calon-calon yg bakal menduduki RAE 2009/1...all the best good luck...

73
wilayah 70

p/s: jek mana audio.... hehehh dah jauh la kan... tapi tak pe ade rezeki jumpa lagi... ALL the best JEK tima kasih for every thing...88

Monday, May 11, 2009

RAE CLASS Organized by MARES

Salam semua,

jika berminat layari lah laman sesawang tersebut... hehhehe

www.mares.org.my

Date:-

Saturday 16 - Sunday 17 May 2009 (2 days)

Time:

Registration: 8:00 AM (Saturday only)
Class: 8:30 AM till 5:30 PM (both days)

Venue:-
TBD Later

Program Fee :
MARES Members - RM80.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)
Non-Members - RM100.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)
Revision only - RM70.00 (Inclusive tea breaks)

Important Note For Payment:
Please register first. Payment method will be sms to those who registered for the classes.

Participation for this classes will be based on first come first serve basis, so please submit your application as early as possible. Class is limited to 35 person maximum.

Completed forms can be submitted via online to rae[at]mares.org.my. (Change [at] to @) Alternatively, you can submit the form to the Club House, attention to 9M2SQL) or fax to 03-7781 1859.

For further details, please contact the Education Bureau as follows:-

9M2SQL - Abdul Mutalib aka abang mutalib / 9m2sql[at]mares.org.my / 017- 6391632

73

mamat "sesawan"

Monday, April 27, 2009

Ethics & Operation Radio Procedures For Radio Amateur

Salam Semua,

Terpanggil nak memberi link di bawah selepas membaca email dari salah seorang rakan amatur... ... sila rujuk definasi radio amatur sevice dahulu...

"a radiocommucnication service (cover both terrestrial and satellite) in which station is used for purpose of self training, intercommunication and technical investigations carried out by authorised persons who are interested in radio technique solely with personal aim and without any pecuniary interest."

Jadi dimanakan kita sekarang? ermmm

masih ada kah prinsip2 asas sebagai pemegang AA pada diri ku ini:

Prinsip Asas:
a) Social feeling, brotherhood & brotherly spirit
b) Tolerance - toleransi...hehhehe
c) Politeness - Sopan santun dan tatasusila
d) Comprehension - understanding atau memahami sesama insan.

http://www.iaru-r2.org/ethics-and-operating-procedures-for-the-radio-amateur/

AYUH sahabat2ku ayuh kita sama2 menjaga kekalkan, naikkan martabat dan seni sebagai station amatur khasnya di Tanahair ini yang telah agak pudar kelabu dan ape2 lagi lah...

Kita perkuatkan yang lama dan diindahkan dengan yang baru... Ayuh!!


Buat sahabat yang bakal menduduki RAE akan datang.... hayati lah guideline dari MCMC dan link di atas agar bertambah ilmu di dada dan bertambah indah seni QSO kita "on-air."

Renung2kan untuk diri ku ini dan juga yang membaca....

73

gloomis

Monday, March 30, 2009

RAE Announcement

Dilanjutkan dari SKMM

7MAR08 – Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

27 March 2009

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1) throughout Malaysia on 24 June 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-1)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-1)


73 de Kotak Mancis

Thursday, March 26, 2009

Hobi? Benarkah hobi itu menyebabkan masalah obses?

Omong-omong kosong semalam terungkap satu persoalan persada yang menarik... Benarkah hobi mampu menjadikan seseorang obses atau taksub dengan kegemaran hobinya? Soalan yang agak sukar diungkaikan dengan kata2.. Namum nasihat selalu diberikan supaya tidak terleka pada hobi yang mampu mengundang perbalahan...

Apa itu hobi? Secara amnya berhobi adalah suatu aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa lapang yang terluang dari dibazirkan.. Berhobi seperti mengumpul setem, membaca, dan bermacam lain hobi lagi.. Namum pada amatur radio juga tidak dapat dielakkan.. leka berkomunikasi, bereksperimentasi mampu menjana kelekaan membuatkan gepren, org rumah, kawan, kuarga berasa kurang senang kerana kurang diberikan perhatian.. Hehehee.. bukan leka kerana apa.. kekadang menda yang dilayan masih blum siap dan ingin melihat keputusannya eksperimentasi tersebut..

Perkara ini sama berlaku juga pada hobi lain seperti mendaki, memancing, berbasikal dan lelain.. Maka andalah yang menentukan hobi yang kawal kita atau kita mengawal hobi..

Selamat mencuba hobi yang lain... :D


73 Kotak Mancis
Dilanjutkan dari Multiply Cordura a.k.a STI

Sudah sebulan lebih masa berlalu... Usaha pencarian pendaki di gunung Yong Yap berlalu.. Sudah ada jugak dugaan yang berat dilalui... Tinggallah waktu penentuannya esok hari.. Moga hari terakhir itu terjumpa la Cik Hassan Ayat kita.

Buat warga 70 yang membantu dan mengusahakan ikhtiar dari segi tenaga, peralatan, doa dan sebagainya terima kasih bebanyak.. Moga usaha sebegini lagi dilanjutkan pada masa hadapan.. Tidak diambil kira siapa pun.. Sebagai manusia yang sudi menghulurkan bantuan..

Kini tiba lah masanya kita bertawakal dan bersabar. Moga Hassan ke temu dan Roh arwah Su bersama dengan org2 yang beriman dan diberkati. Insyallah..

Dari MP:




Perjuangan tanpa noktah...

Adakah ini perjuangan terakhirku..
Apakah perjuangan akhirku,
untuk cintaku;
untuk sahabatku..
Sejenak termangu longlai
degupan jantung memukul rusuk
yang mendebarkan
menggegarkan jasad
lalu mengoyahkan semangat

Pengunduran bukan bermakna
pejuangan itu akhir..
ku masih berjuang..
ku telan dan ku cerna..
intipatinya perjuangan..

berundurlah sahabat,
berundurlah cinta,
berundurlah kasih,
berundurlah dahulu...
Kita masih ader kekurangannya..
Usahlah engkau memaksa mata hati
yang sudah penat lagi lelah..
tiada ternampak lagi jalan di hadapan
mahupun di belakang..

kita bukan berhenti...
Penghujungnya pun tiada..
tiada noktah untuk ini..
tiada noktah untuk berhenti..
tiada noktah untuk mencari..
mencari cinta dan peribadi..
peribadi si puteri..
peribadinya si laksamana..
peribadinya si pujangga
yang berkiasan menutur kata
dalam kias mencari makna..

kejilah, kutukkan kuterima..
cacilah, sindirlah, bencilah...
Penjuangan ini bukan terhenti..
tiada caranya untuk kami tunjukkan..
pada mata kasar yang melihat..
pada telinga yang mendengar..
pada mulut yang berkata..
pada hati yang bersangka..
pada benak yang berputar...

Diamku bukan mengalah..
Diamku bukan setuju...
Diamku bukan membatu..
Diamku berisi..
Diamku bersama perjuangan ini..
perjuangan yang tiada terhenti..
Diamku jasadku kerna perginya roh..
Diamku membakar semangat...
Semangat cintaku.. sahabatku..
Mengalirkan darah dalam jasadmu..
Mengenali zahirmu
Mengenali batinmu
Mengenali zatmu..

Cintaku putus bukan tanda benci..
Jodohku terhenti bukan tanda tamat..
Ajalku sampai bukan kerana pergi..
Aku dihatimu..
Aku dijiwaimu..
Bersama-sama sahabat..
Sahabat bersaudara..
Bersaudara dalam
PERJUANGANGAN nan tiada bernoktah..
Tanpa penghujungannya.....


73 de Kotak Mancis

Wednesday, March 18, 2009

DUGAAN DAN CABARAN di sebalik PERISTIWA . . . .

SALAM,
kebelakangan ini kita semua tersentak dan terduga oleh dugaan YANG PENGASIHANI.. sabar dan terus mengharungi dugaan dengan tabah, redha dan terus berusaha itu saja yang boleh dikatakan.. yang pergi tetap pergi yang tinggal "life must go on" bak kata def leppard.. tetapi yang di sebalik kabus akan menjelma berkat Doa dan usaha semua... setiap dugaan pasti ade hikmah yang tersirat di sebalik yang tersurat.. yang jauh dah makin rapat yang tak bertemu dah bertemu, yang tak bisa berbicara udah bisa bergurau itu antara hikmah yang terawal... kami berdoa mohon restu MU ya-ALLAH.. ampun kan dosa kedua ibubapa kami, ampun dosa kami yang tak berdaya menghadapi nerakamu, permudahkan segala urusan kami ya ALLAH, ampunkan dosa muslimin dan muslimat....

Buat adik ku yang walaupun tiada pertalian darah yang mengalir di badan tetapi Ad-Din menyatukan kita... Al Fatihah untuk mu... (kan terkenang perkataan Bio-Diesel)

Buat adik ku yang nun dibalik pepohon di sebalik gunung Ciptaan yang MAHA ESA.. kami percaya kau kan jumpa cahaya....

( Coretan oleh STI dan digunakan tanpa minta kebenaran terlebuh dahulu)
Perjuangan Sahabat untuk Sahabat



Di kala engkau bersama kami,

Kami mengajuk; engkau tersenyum..
Di kala engkau tiada di sini,
Kami sayup; engkau keseorangan..

Di kala kami meminta,
Engkau berikan tanpa rasa tersinggung lagi menyekat..
Engkau bersyair, engkau menyanyi, engkau berdendang..
Kami terlibur....
Langkah dan geri mu menghiburkan kami..
Kami bersuka kini kami berduka..

Hari semalam engkau hilang,
Besok engkau kan pulang...
Naga yang ke hilir,
Garang dan gah perkasa,
Pulang ke hulu menjadi ikan,
Yang lembut gemalai berenang..

Di atas batu kau berlindung,
Di bawah pohon kau berteduh,
Di denai kau berjalan,
Di gunung kau bertemu,
Di pamah kau berehat,
menuju pulang kepada kami,
kepada salasiah mu..
ke asal mu.. ke dunia mu...

Yang keras menjadi lembut,
Hilang dan tenang kembali...
Si punjangga pulang kembali..
Si topeng tumpas sekali..
Penjaga membawa mu lari...
dari belenggu berminggu hari..

Berhari berminggu..
Kami bersahabat mencarimu..
dan tetap mencari mu..
Seperti Tuah lima beradik..
Biarpn kederat ini putus..
Namum semangat tiada tertetas..
menghitung hari menunggu mu sahabat...

Hulubalang, pahlawan dan panglima..
Meredah belantara bertarung..
Ada yang rebah, namun bangkit semula..
Ada yang girang, pulih semula,
Ada yang gusar, berani semula,
Pertarungan maha sengit,
Bertarung berhabisan,
Akhirnya laungan kemenangan...
Engkau muncul di hadapan,
Panglima menyambut..
Engkau selamat..
Si tua tersenyum.. Pulanglah engkau
Pulanglah engkau pada kami..
Terkilan semua engkau dijaga rapi..
kemas melemparkan senyum..
Terlelap dalam dakapan sahabat..
engkau sudah pulang..

Kami menangis...
Teresak seperti anak kecil...
Teresak bukan sedih...
Bukan marah...
Sungguhnya engkau tahu kami...
Kami menyayangi..
Kau menyatukan kami..
Seperti salasilah yang besar..
Pertalian yang tak tertulis..
di mana-mana kitab manusia..
tiada kata mampu di luahkan..

di dalam duka ada lara,
dalam lara kami terluka..
Engkau sudah pulang..
Si tua kan menjaga mu..
melihatmu.. mengawasmu..
sehingga engkau sedar..
lalu dia pulang..
pulang ke asalnya..
menjaga.. dan hilang..
hilang tiada berjumpa..
Selamat tinggal..
Selamat lah bersama sahabatmu..
Penjaga baru mu sudah bersedia..
Penjaga yang bernama SAHABAT.....
Penyayang bernama KELUARGA..
Selamat pulang....


- min -

"tahan tunggu, tak tahan cabut... diam tanda setuju" takbir

rakan2 70... 73 88