Monday, August 25, 2008

RAMADHAN & MERDEKA

salam semua,

udah lama tak mencakar di laman ni, terpanggil pulak nak menconteng2 ... Sempena ramadan yang bakal menjelang aku ucapkan selamat berpuasa pada semua... di tambah pulak dengan bulan kemerdekaan ermmm tapi aku sendiri belum merdeka kerana maksud merdeka tu terlalu luas dan subjektif...

ermm sebagai seorang warga amatur aku berbangga dengan program yg dilangsungkan baru2 ini ditempat yg agak tinggi altitudnya bersama jiran kita yang juga menyambut merdeka pada 17 ogos.. ade antara rakan2 yg bertanyakan mengapa tidak terdengar suara2 rakan Orari kita di udara tempoh hari... mungkin mereka menghormati tatasulila... bukan undang2... atau pun etika sebagai rakan amatur kut... (di frekuansi semenanjung malaysia/di PENGULANG local mungkin ade)

mungkin udah maklum.. bahawa kita tidak sepatutnya ke udara di luar kawasan/negara selagi tidak mendapat kebenaran bertulis dari pihak yang berwajib.. kalu di Malaysia (MCMC la..)
sekiranya sudah mendapat kebenaran maka akan terjadi lah call sign seperti 9M2/V8XXX , 9M2/YB6XX contohnya... perbetulkan aku jika aku salah...

hanya sebagai renungan dan discusi agar paradigma kita bisa berkerja lebih baik... sila berikan komen2 anda utuk meriah kan lagi laman ini...

tima kasih

gloomis

No comments: