Wednesday, December 31, 2008

NEW YEAR EYEBALL AT BAGAN LALANG

TARIKH:- 31/12/2008

MASA:- Petang hari ini sampai ke esokan harinya

PENDAFTARAN:- RM15/ head or RM25/family

KHEMAH:- RM10/tent contact 9W2MOD

CHALET:- Chalet deluxe, std.. ctc 9W2KMT

Aktivity menarik solat berjemaah/doa ,fox hunting, Dxing, Kemungkinan Terbang di Udara bersama Orang terbang dsb.

Datanglah Beramai-ramai ke New Year Eyeball Anjuran Astra Tengah...Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi 9W2YR,9W2MDY,9W2BCT,9W2MSG

Monday, December 22, 2008

Tuesday, November 25, 2008

Ibadah Qurban - Salam Aidil Adha

Erti Korban

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.




Antara hikmah korban adalah:


a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.



Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:


a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."



Maka apakah pergorbanan kita pada hari yang menghampiri dan hari-hari akan datang dan yang pun sudah lepas?

73

rujukan:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=259

Friday, November 21, 2008

REMINDER SWL for RAE 2008-2

Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) Radio Amateur Examination 2008 batch 2 on 17 December 2008. The applicants whom are not notified of their application status by mail within 7 days prior to the examination from SKMM, are advised to contact SKMM for confirmation. The officer to be contacted is Ms. Ida Khairuniah Idris at +603 8688 8265.

73

ARRD 2008


Amateur Radio Reunion Day (ARRD) is an event planned to reunite all radio amateurs in Malaysia , Mikes, Whiskeys and Short Wave Listeners , regardless of club affiliation. Additionally, we are also celebrating 80 years of amateur radio in Malaysia. Our Senior 9M are not getting younger and we have lost a few already. This is the time for 9W and SWL to get to know them. So far 20 Mikes from around the country have confirm their attendance.

We also need radio amateur volunteers to help out in the event. If you want to participate kindly contact the moderators. We also welcome any suggestions / ideas to make this event a success. Your early confirmation is greatly appreciated to facilitate our planning.

Event Location: Beach front Bungalow, Batu 9, Teluk Kemang, Port Dickson, hosted by 9M2PD (GPS Lat/Lon: 2.438648, 101.858797).

Event Date: Sat 13 Dec - Sun 14 Dec 2008.

Accommodation
: Own cost (not included in registration fee). Nearby hotels, chalets, or DIY on camping ground

More info at ARRD '08 Blogsite

73

Program Korban Aidil Adha Astra Tengah

Tarikh: 11-12-2008 bersamaan 13 Zulhijjah 1429 H (Hari keempat)

Tempat: Tanah Merah kat surau pak omar.

Hari: Khamis

Jam: 7.00pg


Di jemput rakan amator untuk majlis korban dan pengagihan daging korban. Kepada rakan yang berkemahiran dalam masakan anda adalah di jemput untuk memasak seterusnya menyediakan masakan/ hidangan pada hari tersebut.

Di samping itu juga sesiapa yang berminat untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam korban /Aqiqah boleh menghubungi 9w2mdy-pak mady dan 9w2kmt- kang mat. Harga lembu untuk di korbankan bergantung harga semasa dan fizikal lembu itu sendiri.

Semua rakan amator di jemput hadir bagi memeriahkan program korban ini sempena Hari Raya Haji.
Posted by 9W2RIE at 9:06 PM

Info from: Astra Tengah Blog site

73

Friday, September 26, 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Hati2 dalam pemanduan ketika balik kampung.

73 de chempreng

Tuesday, September 16, 2008

RAMADHAN AL MUBARAK

Salam,

Pe kabar semua harap sihat2 belaka al-maklum la bulan berpuasa... yang mana kalu dikirakan satu hari puasa di bulan Ramadhan ni sama dengan puasa seribu tahun pada bulan2 biasa... camtu la lebih kurang... ye betul betul!!! bak kata upin dan ipin....

Sempena bulan yang penuh rahmat, berkat dan kemaafan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan jgn lupa bersahur...hehehe

Salam Ramadhan semua sehingga menjelang fajar Shawal... ampun maaf di minta...

syabas Wilayah 70


73

gloomis

Wednesday, August 27, 2008

SWL talk and Flea Market 31 August 2008

Dipanjangkan dari MARES yahoo group...

salam semua.... tahniah kepada swl yang berjaya didlam rae awal tahun nih... lanjutan daripada itu ... biro pendidikan mares ingin mengadakan satu talk kepada mereka yang telah lulus rae baru baru ini dan sekali gus diadakan sesi tandatangan 9m bagi permohonan AA bagi swl yang telah lulus selepas sesi talk tersebut....

talk ini adalah terbuka kepada semua swl. butiran talk tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh:31 Ogos 2008
Masa:11 pagi
Tempat:Kelab Mares
Penceramah: 9M2AU Presiden MARES

Bersempena dengan itu juga satu flea market akan diadakan pada hari tersebut. Semua warga radio amatur di jemput hadir bagi memeriahkan lagi talk yang akan diadakan.

Bersempena dengan ini juga pihak biro pendidikan mares juga mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51. Semoga kita terus merdeka.... Merdeka!!!



Sekian, terima kasih.

De 9M2SQL



73

wilayah 70

Monday, August 25, 2008

KEPUTUSAN RAE 2008/1

Keputusan dah keluar ape lagi dapatkan AA anda... bagi yang belum berkelayakan jangan risau gagal bukan selamanya.. cuba lagi kami sentiasa sedia membantu

http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD/RAE_2008_1_Result_for_Website.pdf

73

Wilayah 70

RAMADHAN & MERDEKA

salam semua,

udah lama tak mencakar di laman ni, terpanggil pulak nak menconteng2 ... Sempena ramadan yang bakal menjelang aku ucapkan selamat berpuasa pada semua... di tambah pulak dengan bulan kemerdekaan ermmm tapi aku sendiri belum merdeka kerana maksud merdeka tu terlalu luas dan subjektif...

ermm sebagai seorang warga amatur aku berbangga dengan program yg dilangsungkan baru2 ini ditempat yg agak tinggi altitudnya bersama jiran kita yang juga menyambut merdeka pada 17 ogos.. ade antara rakan2 yg bertanyakan mengapa tidak terdengar suara2 rakan Orari kita di udara tempoh hari... mungkin mereka menghormati tatasulila... bukan undang2... atau pun etika sebagai rakan amatur kut... (di frekuansi semenanjung malaysia/di PENGULANG local mungkin ade)

mungkin udah maklum.. bahawa kita tidak sepatutnya ke udara di luar kawasan/negara selagi tidak mendapat kebenaran bertulis dari pihak yang berwajib.. kalu di Malaysia (MCMC la..)
sekiranya sudah mendapat kebenaran maka akan terjadi lah call sign seperti 9M2/V8XXX , 9M2/YB6XX contohnya... perbetulkan aku jika aku salah...

hanya sebagai renungan dan discusi agar paradigma kita bisa berkerja lebih baik... sila berikan komen2 anda utuk meriah kan lagi laman ini...

tima kasih

gloomis

Thursday, August 7, 2008

Program Lawatan ORARI - ASTRA (Wilayah Tengah)

Detail Program
Tema : Bulan Kemerdekaan Warga Amatur Malaysia - Indonesia
Tarikh : 23 - 24 Ogos 2008
Tempat : Kawasan Perkhemahan Awana Genting / Awana Genting Campsite
Keluasan Tempat : 5.3 Hektar

Pengangkutan : Kenderaan Persendirian atau Pengangkutan Awam.

Bayaran
ii) RM15 Seorang

ii) RM25 Family
Note: Termasuk Makan Malam, Sarapan & Kemudahan Perkhemahan/Campsite.

Atau
i) RM35 Seorang/Family
Note : Termasuk Sehelai Program T-Shirt, Makan Malam, Sarapan & Kemudahan Perkhemahan/Campsite.

Matlamat
Program ini bertujuan untuk memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia & Indonesia oleh warga radio amatur kedua-dua negara. Juga pada masa yang sama bagi mengeratkan silaturrahim diantara warga amatur dari kedua-dua negara.

Pendaftaran
Pendaftaran dibuka kepada semua warga amatur, kelab-kelab amatur & komersial & rakan-rakan swal.
Untuk memudahkan urusan pendaftraan, sila hubungi AJK/Biro dibawah:
012 310 9869 Faizal 9W2GTR Email : 9w2gtr@gmail.com
016 337 3700 Izkandar 9W2JIZ
Atau mana-mana AJK/Biro ASTRA Wilayah Tengah.

Tarikh tutup pendaftaran : 20 Ogos 2008

Sumbangan
Sebarang bentuk sumbangan amat dialu-alukan.Sila hubungi terus Pak Yob 9W2YR / Faizal 9W2GTR & Jamal 9W2AJL atau mana-mana AJK/Biro ASTRA Wilayah Tengah.Marilah kita sama-sama menyertai dan menjayakan program julung-julung kali diadakan ini.



De ...........Chempreng

Thursday, July 24, 2008

Cara mengira simplex channel

V16 SEHINGGA V47
Simplex V16 sehingga V47 menggunakan 145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.

Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000

Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.

V48 SEHINGGA V63
Simplex V48 sehingga V63 menggunakan 146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200

Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250

Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875

Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nomber maka jika 3 nomber, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nomber.

Chempreng

Thursday, July 17, 2008

FOX Hunt ing TitiWangsa

salam,

Dijangka anak bulan akan kelihatan pada ari sabtu malam ni....

Jadi, berSediaKah dengan Senjata2 yang indah dan Bercabang2 atau yang ada ranting... Di wawarkan akan ade acara memburu Musang... maka bolehlah saudara2ku berpeluang menguji kehebatan fizikal, teknikal dan juga segala lagi ilmu di dada...

Berbekalkan sebatang antena dan receiver mungkin juga ATT( kalu ade lagi senjata rahsia)maka bersedialah untuk menguji kehebatan diri sendiri dan keserasian anda secara berkumpulan. Jadi kalu asyik QSO je pun mungkin membosankan... Jadi ape kata gunakan definasi seorang station amatur secara keseluruhannye...

BAK KATA JURUKAKA..."UJI KEJANTANAN ANDA" secara halusnye beliau mengajak kita melakukan anjakan PARADIKMA sebagai seorang pemegang lesen radio amatur... (ampun maaf gunakan tanpa minta kebenaran)

Oleh itu, jangan takut dengan kegagalan... kerana orang yang berjaya adalah orang yang berani GAGAL dan keluar dari kegagalan dengan semangat...
THIS IS ONLY A BATTLE NOT EVEN A WAR!!!!

JOM MERIAHKAN!!!! PAPARKAN DIRI ANDA... SENJATA ANDA (Bukan kerana riak.. tetapi demi ilmu untuk yang akan datang)

Date: July 20, 2008
Time: 09:30 hrs - 13:00 hrs
Venue: Taman Tasik Titiwangsa (Titiwangsa Lake Park)

oleh: MARTS KL State Council a Fox Hunt (Amateur Radio Direction Finding)ARDF

73

Gloomis

Wednesday, July 16, 2008

DEBAT : AMATEUR VS Whatever...!!!!

SALAM Semua,

Tersingkap dan terlihat perdebatan hangat di kaca Televisyen malam tadi yang di pancarkan menggunakan frequency yang sedia ada.... betapa maju dan makin maju nye DUNIA sekitar kita sekarang....

Segalanya nya ade PRO's & CONTRA tetapi... tatkala aku melihat air muka anak kecil aku terlena dihadapan TV malam tadi.. aku sebak.... kerana mungkin kah akan ade nama MALAYSIA lagi di masa hadapan jika semua dok sibok dengan benda yg dah jadi masalah dan berbalah....(aku rasa patutnya selesaikan masalah bukan menunding jari.. waste of time la...)

Hati kecil ini berkata... dimanakan anak kecil ini akan bertapak... dimana kah lirik lagu WARISAN yang aku laung2kan sewaktu kolej dulu... "Anak Kecil Main Api"...

argghhhh aku merapu sekadar mengyingkap benda yang tidak ade pucuk pangkal....

so camne dengan foxhunt yang kan berlaku di titiwangsa weekend ni... harap ade representative dari Wilayah 70....

73
hidup dikeliling frequency

gloomis

Friday, July 11, 2008

Eyeball Wilayah 70 pada 29 June 08 jam 9.30pm-1.30am,(Kota Damansara)







Eyeball yg julung2 kali diadakan dgn rakan2 wilayah 70,tapi ramai yg agak qrl dgn urusan keluaraga dan sebagainya....ribuan ucapan terima kasih pd rakan2 yg dpt meluangkan masa eyeball di lokalan damansara,ini adalah permulaan bg aktiviti wilayah 70 dan aktiviti2 lain sedang dlm perancangan....yg turut serta eyeball 9W2CKH,9W2DIE,9W2AJL,9W2WPC,9W2HCT,9W2MIT,9W2GMY,9W2EGO,9W2OCC & XYL,9W2PRO,9W2NPN dan 9W2JEK........sowy gambo xcun sgt co'z pakai camera hp aje,lainkali siap panggil tv3 punyer cameraman sekali......kahkakah

Diharap aktiviti akan dtg bakal menyusul dan dlm perancangan akan diadakan,sokongan dan penyertaan rakan2 amat2 di hargai........

Salam 73...........88

GARMIN MOBILE KEYGEN

Radio propagation

Radio propagation is a term used to explain how radio waves behave when they are transmitted, or are propagated from one point on the Earth to another.

In free space, all electromagnetic waves (radio, light, X-rays, etc) obey the inverse-square law which states that the power density of an electromagnetic wave is proportional to the inverse of the square of the distance [radius] from the source.

Electromagnetic wave propagation is also affected by several other factors determined by its path from point to point. This path can be a direct line of sight path or an over-the-horizon path aided by refraction in the ionosphere.

The ionosphere is the uppermost part of the atmosphere, distinguished because it is ionized by solar radiation.

The D layer is the innermost layer, 50 km to 90 km above the surface of the Earth.

The E layer is the middle layer, 90 km to 120 km above the surface of the Earth.

The F layer or region, also known as the Appleton layer, is 120 km to 400 km above the surface of the Earth.

Radio frequencies and their primary mode of propagation Band

Frequency Wavelength Propagation via
VLF Very Low Frequency 3–30 kHz 100–10 km Guided between the earth and
the ionosphere.
LF Low Frequency 30–300 kHz 10–1 km Guided between the earth and
the D layer of the
ionosphere.

MF Medium Frequency 300–3000 kHz 1000–100 m E, F layer ionospheric
refraction at night, when D
layer absorption weakens.

HF High Frequency 3–30 MHz 100–10 m E layer ionospheric
refraction.
F1, F2 layer ionospheric
refraction.

VHF Very High Frequency 30–300 MHz 10–1 m Infrequent E ionospheric
refraction. Extremely rare
F1,F2 layer ionospheric
refraction during high
sunspot activity up to 80
MHz. Generally direct wave.
Sometimes tropospheric
ducting.

UHF Ultra High Frequency 300–3000 MHz 100–10 cm Direct wave. Sometimes
tropospheric ducting.

SHF Super High Frequency 3–30 GHz 10–1 cm Direct wave.

EHF Extremely High Freq 30–300 GHz 10–1 mm Direct wave limited by
absorption.

heheh sekadar infomation untuk refresh jeee...

73

isi dan kulit

Thursday, July 10, 2008

Malam SWL

Kepada semua rakan amator di jemput untuk memeriahkan malam swl anjuran Wilayah Tengah

Lokasi: Taman Tasik Kota Damansara
Time : 9.30 malam
Tarikh: 12 Julai 2008(Sabtu)

Simplex calling: Wilayah 70

Di harap rakan-rakan SWL dapat hadir untuk berkomunikasi di jalur yang lebih panjang.

73
de Chempreng

Monday, July 7, 2008

MOBILE, PORTABLE & BASE

salam semua,

hajat hati hanya ingin bertanya tapi rasa makin parah bila ade macam macam pendapat...(actually tak parah mana pun saja nak share)...

kalu dirujuk pada Guideline for Amateur Radio in Malaysia "first edition" lagi lak tu... may be aku yg agak terlewat kut... hehhee kalu tak salah kat page 16 of the guideline ade citer cam ni lebih kurang,

a) The ASAA holder is permited to install and operate any of the following amateur radio station:

i) Base Station: very clear la yg ni coz sama cam address yg ade pasa AA kita tu...

ii)Amateur Radio Mobile Station: Haaa yg ni dia tulis; Define as station that is operate while it is in the moving, such as in a car;

iii) Amateur Radio Portable Station: Heheh yg ni lak : define as station that is operated AWAY from registered address in the ASAA for CERTAIN DURATION OF TIME;

iv) Amateur Radio Earth Station: yg ni pun very clear, when we are working with amateur radio satellites...

so ape yg hendak di bincang kan di sini.. ermmm rasa cam lebih baik diberi contoh... katakan lah 9w2CTH(contoh) bukan yg empunya call sign.. kalu ade (mintak kebenaran ye bang nak guna sebagai contoh) yg ASAA nye beralamat di section 7 Kota Damansara, sedang memandu kereta Honda nya ke shah alam untuk "Eyeball" dan TT.. semasa beliau sedang memandu sambil TX... so itu di kategorikan sebagai mobile station.. ok clear...

dah tu bila smpi shah alam beliau pun keluar dari kereta kesayangannya dan terus eyeball dgn rakan2 lain.. ADAKAH sekarang ini 9w2CTH sedang mobile atau portable...

Ade pendapat mengatakan Portable agak lebih kepada keadaan yg mana temporary antenna telah "di set up" (hampeh bahasa aku agak teruk... harap maaf kan aku) di sesuatu tempat dan tempoh masa yg lebih kurang 24 jam di tempat tersebut...

Ade juga mengatakan portable tu refer bila kita tidak "bermobile" atau tidak berada di base... atau cam ni la lebih kurang.. bila keluar je dari kereta atau lepas berhenti je berjalan, lepas melabuhkan boat atau kapal, atau ape lebih matikan enjin motosikal.. secara terangnya itu sudah menjadi portable....

OK INGIN SAYA JELASKAN DI SINI... bukan untuk mempermain2kan pendapat sesiapa jua.. ianya hanya sekadar untuk berbincang dan cuba mendapatkan pendapat rakan2 semua.... SAYA tidak akan memberi ape2 hadiah atau ape ganjaran untuk jawapan atau pendapat sesiapa pun hehhehe... sebab di sini hanya untuk berbincang....

MAAF KAN AKU jika nukilan ini mencalarkan hati sesiapa... kerana tidak terlintas dihati untuk melukakan sesiapa samada yg hidup atau yang telah pergi... so moral of the story let's discuss....

TQ...

Gloomis 73

HANDPHONE/MOBILE PHONE...is truely a radio...

1876 Mr Graham Bell invented the telephone

1894-1906 Marconi develops wireless communication...ermm so call radio today

ermmm back to the issue

mobile phone isn't a phone at all... it's a Radio with 2 frequencies, say like a walkie talkie.. while using it, it is like RX and TX on the same time...
p/s di ceduk dan di infokan..heheheh

for more info pls refer to Dicovery Mag issue April/May 08

73

buluh perindu

Friday, June 27, 2008

Eyeball Wilayah 70

Rakan-rakan dijemput ke Eyeball Wilayah 70. Butiran seperti berikut:

Tarikh: 29 Jun 2008, Ahad
Masa: 9.30 malam
Tempat: Berdekatan dengan McDonalds Kota Damansara

73
de
9W2MiT

Saturday, April 12, 2008

Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa & Ahli-Ahli Astra Kawasan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan

Satu Mesyuarat Tahunan akan diadakan oleh Astra Kawasan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan. Keterangan mengenai Mesyuarat Tahunan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 April 2008 (Rabu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan JKKK Batu 3 Shah Alam
(Bersebelahan dengan Rejab Tom Yam)

Tujuan utama Mesyuarat Tahunan ini di adakan adalah untuk melantik Biro-Biro baru serta mencalonkan nama-nama untuk Pengerusi baru bagi Astra kawasan tengah yang akan diketengahkan kepada Majlis Tertinggi Astra untuk pemilihan. Selain itu terdapat beberapa isu berbangkit juga akan dibentangkan semasa Mesyuarat Tahunan tersebut..

Diharap ahli-ahli Astra di kawasan tengah dapat hadir untuk memeriahkan lagi Mesyuarat Tahunan pada malam itu.

Monday, April 7, 2008

Notice: Radio Amateur Examinations(RAE 2008-1)

Kepada semua SWL yang ingin menduduki RAE, pendaftaran telah dibuka oleh MCMC. RAE kali ini akan di adakan pada 24 June 2008. Sila layari laman web MCMC untuk keterangan lanjut.

Kami di Wilayah 70 ingin mengucapkan selamat maju jaya pada semua yang akan menduduki peperiksaan ini.


Thursday, March 27, 2008

Selamat Datang ke Wilayah 70

Selamat datang ke blog Wilayah 70. Blog ini diadakan untuk kemudahan rakan-rakan HAM mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti yg dijalankan di Wilayah 70.

Serba sedikit mengenai Wilayah 70

Wilayah 70 telah ditubuhkan oleh rakan-rakan HAM di sekitar lokalan Damansara untuk memudahkan rakan-rakan HAM yang melalui lokalan ini sekira nya memerlukan bantuan atau informasi. Selain daripada itu, Wilayah 70 juga dapat mengeratkan lagi persahabatan serta silaturahim antara rakan-rakan HAM di sekitar lokalan Damansara.


Welcome to Wilayah 70

Welcome to Wilayah 70. This blog is created to enable other HAMs to keep track with the ongoing activities held in Wilayah 70.

An Introduction to Wilayah 70

Wilayah 70 was established by the HAMs located in Damansara to assist other HAM members that requires any help or information. It is also another means to get all the HAMs around Damansara area to get together as a team.