Thursday, March 26, 2009

Hobi? Benarkah hobi itu menyebabkan masalah obses?

Omong-omong kosong semalam terungkap satu persoalan persada yang menarik... Benarkah hobi mampu menjadikan seseorang obses atau taksub dengan kegemaran hobinya? Soalan yang agak sukar diungkaikan dengan kata2.. Namum nasihat selalu diberikan supaya tidak terleka pada hobi yang mampu mengundang perbalahan...

Apa itu hobi? Secara amnya berhobi adalah suatu aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa lapang yang terluang dari dibazirkan.. Berhobi seperti mengumpul setem, membaca, dan bermacam lain hobi lagi.. Namum pada amatur radio juga tidak dapat dielakkan.. leka berkomunikasi, bereksperimentasi mampu menjana kelekaan membuatkan gepren, org rumah, kawan, kuarga berasa kurang senang kerana kurang diberikan perhatian.. Hehehee.. bukan leka kerana apa.. kekadang menda yang dilayan masih blum siap dan ingin melihat keputusannya eksperimentasi tersebut..

Perkara ini sama berlaku juga pada hobi lain seperti mendaki, memancing, berbasikal dan lelain.. Maka andalah yang menentukan hobi yang kawal kita atau kita mengawal hobi..

Selamat mencuba hobi yang lain... :D


73 Kotak Mancis

No comments: