Thursday, March 26, 2009

Dilanjutkan dari Multiply Cordura a.k.a STI

Sudah sebulan lebih masa berlalu... Usaha pencarian pendaki di gunung Yong Yap berlalu.. Sudah ada jugak dugaan yang berat dilalui... Tinggallah waktu penentuannya esok hari.. Moga hari terakhir itu terjumpa la Cik Hassan Ayat kita.

Buat warga 70 yang membantu dan mengusahakan ikhtiar dari segi tenaga, peralatan, doa dan sebagainya terima kasih bebanyak.. Moga usaha sebegini lagi dilanjutkan pada masa hadapan.. Tidak diambil kira siapa pun.. Sebagai manusia yang sudi menghulurkan bantuan..

Kini tiba lah masanya kita bertawakal dan bersabar. Moga Hassan ke temu dan Roh arwah Su bersama dengan org2 yang beriman dan diberkati. Insyallah..

Dari MP:




Perjuangan tanpa noktah...

Adakah ini perjuangan terakhirku..
Apakah perjuangan akhirku,
untuk cintaku;
untuk sahabatku..
Sejenak termangu longlai
degupan jantung memukul rusuk
yang mendebarkan
menggegarkan jasad
lalu mengoyahkan semangat

Pengunduran bukan bermakna
pejuangan itu akhir..
ku masih berjuang..
ku telan dan ku cerna..
intipatinya perjuangan..

berundurlah sahabat,
berundurlah cinta,
berundurlah kasih,
berundurlah dahulu...
Kita masih ader kekurangannya..
Usahlah engkau memaksa mata hati
yang sudah penat lagi lelah..
tiada ternampak lagi jalan di hadapan
mahupun di belakang..

kita bukan berhenti...
Penghujungnya pun tiada..
tiada noktah untuk ini..
tiada noktah untuk berhenti..
tiada noktah untuk mencari..
mencari cinta dan peribadi..
peribadi si puteri..
peribadinya si laksamana..
peribadinya si pujangga
yang berkiasan menutur kata
dalam kias mencari makna..

kejilah, kutukkan kuterima..
cacilah, sindirlah, bencilah...
Penjuangan ini bukan terhenti..
tiada caranya untuk kami tunjukkan..
pada mata kasar yang melihat..
pada telinga yang mendengar..
pada mulut yang berkata..
pada hati yang bersangka..
pada benak yang berputar...

Diamku bukan mengalah..
Diamku bukan setuju...
Diamku bukan membatu..
Diamku berisi..
Diamku bersama perjuangan ini..
perjuangan yang tiada terhenti..
Diamku jasadku kerna perginya roh..
Diamku membakar semangat...
Semangat cintaku.. sahabatku..
Mengalirkan darah dalam jasadmu..
Mengenali zahirmu
Mengenali batinmu
Mengenali zatmu..

Cintaku putus bukan tanda benci..
Jodohku terhenti bukan tanda tamat..
Ajalku sampai bukan kerana pergi..
Aku dihatimu..
Aku dijiwaimu..
Bersama-sama sahabat..
Sahabat bersaudara..
Bersaudara dalam
PERJUANGANGAN nan tiada bernoktah..
Tanpa penghujungannya.....


73 de Kotak Mancis

No comments: