Friday, June 27, 2008

Eyeball Wilayah 70

Rakan-rakan dijemput ke Eyeball Wilayah 70. Butiran seperti berikut:

Tarikh: 29 Jun 2008, Ahad
Masa: 9.30 malam
Tempat: Berdekatan dengan McDonalds Kota Damansara

73
de
9W2MiT

Saturday, April 12, 2008

Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa & Ahli-Ahli Astra Kawasan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan

Satu Mesyuarat Tahunan akan diadakan oleh Astra Kawasan Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan. Keterangan mengenai Mesyuarat Tahunan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 April 2008 (Rabu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dewan JKKK Batu 3 Shah Alam
(Bersebelahan dengan Rejab Tom Yam)

Tujuan utama Mesyuarat Tahunan ini di adakan adalah untuk melantik Biro-Biro baru serta mencalonkan nama-nama untuk Pengerusi baru bagi Astra kawasan tengah yang akan diketengahkan kepada Majlis Tertinggi Astra untuk pemilihan. Selain itu terdapat beberapa isu berbangkit juga akan dibentangkan semasa Mesyuarat Tahunan tersebut..

Diharap ahli-ahli Astra di kawasan tengah dapat hadir untuk memeriahkan lagi Mesyuarat Tahunan pada malam itu.

Monday, April 7, 2008

Notice: Radio Amateur Examinations(RAE 2008-1)

Kepada semua SWL yang ingin menduduki RAE, pendaftaran telah dibuka oleh MCMC. RAE kali ini akan di adakan pada 24 June 2008. Sila layari laman web MCMC untuk keterangan lanjut.

Kami di Wilayah 70 ingin mengucapkan selamat maju jaya pada semua yang akan menduduki peperiksaan ini.


Thursday, March 27, 2008

Selamat Datang ke Wilayah 70

Selamat datang ke blog Wilayah 70. Blog ini diadakan untuk kemudahan rakan-rakan HAM mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti yg dijalankan di Wilayah 70.

Serba sedikit mengenai Wilayah 70

Wilayah 70 telah ditubuhkan oleh rakan-rakan HAM di sekitar lokalan Damansara untuk memudahkan rakan-rakan HAM yang melalui lokalan ini sekira nya memerlukan bantuan atau informasi. Selain daripada itu, Wilayah 70 juga dapat mengeratkan lagi persahabatan serta silaturahim antara rakan-rakan HAM di sekitar lokalan Damansara.


Welcome to Wilayah 70

Welcome to Wilayah 70. This blog is created to enable other HAMs to keep track with the ongoing activities held in Wilayah 70.

An Introduction to Wilayah 70

Wilayah 70 was established by the HAMs located in Damansara to assist other HAM members that requires any help or information. It is also another means to get all the HAMs around Damansara area to get together as a team.