Sunday, August 16, 2009

SWAL or SWL - Terminology

(tulisan ini diceduk dari email yang diterima menerusi MARES yahoo group...)

Salam sejahtera
semua.

Untuk perhatian semua di e-group ini, hanya di Malaysia sahaja digunakan 'term' SWAL (Short Wave Amateur Listener). Negara-negara lain di dunia tidak menggunakan 'term' itu sebab ianya tidak wujud. Yang wujud, dan yang betul, ialah SWL - Short Wave Listener. Memandangkan band HF amator terkandung di dalam katogari Short Wave maka mereka yang mendengar band amator di HF juga di panggil Short Wave Listener (SWL) dan bukan SWAL. 'Term' SWAL tidak wujud di mana-mana, baik di peringkat International Telecommunication Unium (ITU) mau pun di American Radio Relay League (ARRL) atau Radio Society of Great Britain (RSGB) atau mana-mana persatuan/badan radio amator.

Short Wave adalah dari ,lebih-kurang, 1MHz hingga ke 30MHz, tak kira apa 'mode' yang dipergunakan. Mereka-meraka yang minat mendengar frekuensi yang lebih tinggi dari 30MHz tidak dinamakan SWL sebab ianya, yang lebih dari 30MHz itu, bukanlah diistilahkan sebabai Short Wave. Sekiranya 'term' SWAL digunakan apabila anda memancar di band HF amator, nescaya selurun dunia akan hairan apa yang dimaksudkan oleh anda dan ianya akan menyebabkan kekeliruran. Oleh yang demikian, jangan guna sama sekali 'term' SWAL tetapi gunalah 'term' SWL yang mana ianya adalah yang betul. Terima kasih dan 73.

Hanafi - 9W2TZ - Alor Setar.
p/s: terima kasih kerana sudi share ilmu di dada... kalu bole kami nak lagi.. jika sudi...hehehhehe

admin

No comments: